"Anda Masih Tercari-Cari Serunding Yang Memang Lazat, Asli, Tahan Lama, Rasa Betul-Betul Tradisional - Dan Boleh Dimakan Dengan Macam-Macam Hidangan?"

Sekarang Anda Dah Boleh Hentikan Pencarian Anda!

 

SerundingOnline.com boleh membantu anda . . .

 
 

serunding
serunding online testimoni
serunding online

Anda juga tak perlu lagi tersangkut di dalam 'traffic jem' berjam-jam lamanya . . . atau terpaksa bayar tol dan nak kena bayar parking yang memang mahal semata-mata inginkan dapatkan serunding kegemaran anda . . .

SerundingOnline.com boleh membantu anda memilih serunding pilihan anda dengan mudah . . . dan anda akan menerima serunding yang ditempah dengan pantas di muka pintu rumah atau pejabat anda!

Saudara dan saudari,

Hingga kini, serunding telah menjadi hidangan yang amat digemari ramai dan ianya memang wajib disediakan sempena bulan Puasa, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji dan jamuan rumah terbuka, jamuan makan-makan keluarga ataupun kenduri.

Buat pengetahuan anda, masih terdapat ramai orang yang masih belum betul-betul tahu tentang serunding, kegunaannya.

Dan cara nak sediakanya pun agak susah. Nak buat boleh tetapi nak hasilkan rasa serunding yang sedap, lazat serta tahan lama tu memmmmmmmang susah.

Sebenarnya, serunding ni adalah satu jenis makanan tradisional yang dibuat dengan beberapa bahan – daging, ayam, ikan, udang  – yang bercampur rempah, dimasak dan dikacau tanpa henti hingga ianya betul-betul kering.

Proses nak buat serunding ni akan memakan tenaga dan masa yang lama kerana dengan cara ini ianya akan menjadi suatu makanan yang memang tahan lama. Sebab itulah ramai yang nak buat tetapi tidak ramai orang yang mampu nak membuatnya.

Tetapi, anda tak perlulah nak susah-susah atau nak lalui kesusahan ini semata-mata untuk menikmati serunding yang menjadi kegemaran anda.

Ini kerana kami telah menyediakan khidmat menyediakan, membekal dan menghantar serunding dari resepi serunding Kampung Laut sejati ini kepada sesiapa yang meminatinya..dan cara menempahnya di SerundingOnline.com ini amat mudah sahaja…SEMUDAH 1 . . . 2 . . .3 sahaja!

Siapa Kami?

Oh ya, mungkin anda masih belum mengenali kami . . .

Buat pengetahun anda, sebelum ini, kami hanya membantu promosi dan jualan bisnes SerundingOnline.com. Tetapi sejak 19 Mac 2017, syarikat kami, AFA Online Sdn Bhd (1166179 U) telah mengambilalih kesemua bisnes serunding ini bermula dari mendapatkan pengeluaran, menyediakan stok, membuat promosi dan jualan, penghantaran dan after sales service.

90% jualan kami adalah secara online dan untuk pasaran seluruh Malaysia termasuk untuk Sabah & Sarawak.

Bagaimanapun, kalau anda nak pick up sendiri pun boleh.

Pejabat Urusan kami terletak di Gombak dan mempunyai 2 tempat pick up serunding jika ada di antara anda yang nak datang dan ambik sendiri serunding-serundng pilihan anda.
 
 
Ini alamat Pejabat Urusan kami ye:

AFA Online Sdn Bhd (1166179 U)
49B Jalan Jernai 2
Kompleks Idaman, Off Jalan Gombak
53000 Kuala Lumpur
 
 
Manakala lokasi untuk pick up serunding adalah di dua pusat kursus kahwin ini:

1. Kursus Kahwin Danau Kota
Tingkat 1, Bangunan Medan Selera Danau Kota
Jalan 3A/6, Taman Setapak Indah
53300 Kuala Lumpur

(Betul-betul di tapak Uptown Danau Kota dan di sebelah Shell dan Petronas Danau Kota)
 
 
2. Kursus Kahwin Gombak
49B Jalan Jernai 2
Kompleks Idaman, Off Jalan Gombak
53000 Kuala Lumpur

(betul-betul di belakang Pasaraya Ong Tai Kim, satu row dengan ManjaKu dan di atas Klinik Rosanah)
 
 
Jika anda tidak sure dengan jalan ke lokasi ini, anda boleh terus Whatsapp kami di 019 6320122.

Bagi anda yang berada jauh dari Kuala Lumpur, jangan bimbang. Abang PosLaju akan membantu anda . . .
 
 
Hmmmm baiklah. Berbalik kepada cerita serunding ni . . . jika anda masih belum tahu, terdapat banyak kelebihan yang anda perlu tahu yang boleh membantu anda dan keluarga.

Menyimpan serunding ni bukanlah hanya bila nak masuk bulan Puasa atau bila nak sambut Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji saja tau. Banyak kegunaannya.

Biar saya terangkan ye . . .

Klik Untuk Pilih Dan Order Serunding Kegemaran Anda Sekarang! Harga Yang Sama Sejak 2 Tahun Lepas

'Klik Kedai Serunding Now'

11 SEBAB Kenapa Anda Perlu MENYIMPAN STOK Serunding Bersama Anda . . .

Serunding JIMATKAN kos pembelian stok makanan anda

Kenapa saya kata begitu ye? Ini kerana, serunding memang tahan lama. Dengan satu pembelian sahaja, ianya akan tahan sehingga satu tahun. Menjimatkan, bukan?

Serunding boleh dinikmati SEISI KELUARGA ANDA

Dengan satu pembelian sahaja, satu famili anda akan dapat makan atau merasai kelazatannya. Kan ini lebih menjimatkan wang anda berbanding dengan membeli makanan segera yang memang mahal (ada GST).

Serunding BOLEH DICAMPURKAN di dalam macam-macam jenis masakan atau hidangan

Sebagai contohnya, anda boleh gunakan serunding ini untuk dijadikan lauk bagi bubur nasi untuk hidangan anda sekeluarga.

Serunding boleh dimakan dengan mudah BERSAMA BERBAGAI-BAGAI JENIS MAKANAN LAIN

Nak makan serunding apa-apa makanan lain pun boleh. Boleh dimakan dengan lemang, ketupat, nasi, bubur, roti, tabur atas kuih, jadi inti kuih dan macam-macam boleh.

Serunding boleh dijadikan INTI kuih-muih atau roti anda

Jika anda rajin memasak atau menyediakan kuih-muih kepada keluarga anda, anda boleh menggunakan serunding sebagai satu bahan untuk inti kuih-muih anda seperti biskut, karipap atau roti.

Serunding di simpan sebagai STOK makanan di rumah anda

Seperti yang saya telah nyatakan, serunding ini memang tahan lama, iaitu sehingga satu tahun. Jadi, dengan mempunyai stok serunding di rumah, anda tidaklah susah-susah nak memasak jika anda sibuk, penat atau malas nak memasak. Atau anda juga tidak perlu keluar pergi shopping makanan jika anda sibuk atau tiada masa.

Anda boleh jadikan serunding sebagai HADIAH atau BUAH TANGAN

Anda boleh jadikan serunding sebagai hadia atau buah tangan sewaktu bertandang ke rumah ibu-bapa, keluarga atau sanak-saudara, ke majlis kenduri atau ke rumah rakan-rakan rapat. Bukankah hadiah sebegini lebih bermakna?

Serunding sebagai 'MAKANAN STANDBY' di waktu anda melancong ke luar negara

Serunding boleh dibawa bersama sebagai makanan standby jika anda melnacong luar negara. Dari pengalaman saya yang telah ke negara China, Hong Kong, Macau, dan Thailand, bukan senang nak dapatkan makanan yang terjamin halal di sana. Jadi, anda tidak perlu was-was bila anda susah nak cari makanan halal. Tak de lah sakit perut nanti jika asyik makan mee segera je.

MAKANAN STANDBY di asrama, kolej atau universiti

Saya faham situasi ini kerana saya pernah belajar di U. Bila study atau buat assignment tengah malam, perut asyik lapar je. Bila susah cari makanan malam-malam, makan mee segeralah jawabnya. Untuk penjagaan kesihatan jangkamasa panjang, tukarlah mee segera kepada serunding. Ibu bapa boleh bekalkan sekali serunding kepada anak-anak yang ada di asrama, kolej atau universiti. Sayangi anak-anak anda.

s

Serunding kami ini TIDAK MENGGUNAKAN BAHAN PENGAWET

Serunding daging, serunding ayam dan serunding ikan kami ini diperbuat dari bahan-bahan asli serta rempah-ratus asli dari resepi tradisional Kampung Laut turun-temurun dan TIDAK MENGGUNAKAN SEBARANG BAHAN PENGAWET.

r

Serunding kami ini HALAL

Ianya Halal dan TIDAK MENGANDUNGI bahan-bahan yang tidak halal atau bahan-bahan yang meragukan.

Klik Untuk Pilih Dan Order Serunding Kegemaran Anda Sekarang! Harga Yang Sama Sejak 2 Tahun lepas

'Klik Kedai Serunding Now'

Apa Kata Mereka Yang Dah 'TRY' Serunding Kami?

serunding testimoni
serunding daging
serunding ayam
serunding online

Jika Anda Berada Di Dalam 15 Golongan Ini, Anda Perlu Ada Stok Serunding Bersama Anda!

Kami akan bantu anda mendapatkannya . . .

Jika anda seorang peminat makanan tradisional

Serunding daging, serunding ayam dan serunding ikan yang kami bekalkan ini adalah serunding dari resepi turun menurun dari Kampung Laut yang memang terkenal dengan serunding. Ianya lazat, asli, tahan lama dan rasa yang betul-betul tradisional.

Jika anda seorang yang sibuk dan ada banyak hal penting yang perlu dibuat

Ianya menjimatkan kos, menjimatkan masa dan tenaga anda kerana anda tidak perlu bersusah-payah nak bershopping selalu untuk sediakan stok makanan standby di rumah. Anda akan menerima serunding yang anda order di muka pintu rumah dan pejabat anda.

Jika anda seorang yang rajin dan suka memasak di rumah

Anda boleh gunakan serunding untuk inti kuih-muih anda termasuk biskut, roti, karipap atau donut. Dah jimat wang anda kerana anda boleh mempelbagaikan masakan anda yang lazat untuk keluarga dengan menggunakan serunding.

Jika anda seorang peniaga barangan makanan

Dengan menggunakan serunding, anda boleh mempelbagaikan jualan barangan makanan anda. Anda boleh menggunakan serunding yang lazat ini sebagai inti kuih-muih anda seperti simpul kasih, ban roti atau karipap. Anda juga boleh menaburkan serunding ini ke atas donut, roti atau biskut. Ianya terpulang kepada kreativiti anda!

Jika anda ada anak-anak yang belajar di asrama, kolej atau universiti

Sudah jadi lumrah anak-anak yang jadi student ni belajar hingga larut malam kerana nak buat assignment atau nak prepare untuk exam. Dari membiarkan mereka makan makanan atau mee segera yang tidak elok untuk kesihatan, lebih baik sediakan mereka dengan serunding.

Jika anda ada anak-anak yang belajar di luar negara

Anda boleh bekalkan anak-anak dengan makanan yang terjamin halal seperti serundng sebagai stok makanan mereka. Anda boleh berikan serunding dengan menghantar serunding melalaui pos atau berikan kepada mereka stok serunding apabila mereka pulang bercuti nanti.

Jika anda student kolej atau universiti

Saya faham sangat dengan penderitaan student yang berjauhan dari ibubapa atau famili. Salah bajet, alamatnya berlaparlah sampai hujung semester. Jadi, supaya anda boleh makan makanan yang sempoi dan berkhasiat, simpanlah stok serunding ni. Makan dengan roti Gardenia pun dah ok kalau dibandingkan dengan mee segera. Bila perut kenyang, barulah anda boleh fokus pada assingment atau exam anda.

Jika anda ada suami atau isteri yang bekerja berjauhan dari anda atau sering outstation

Jika anda ada suami atau isteri yang kerja berjauhan di negeri lain, paling bagus jika anda hadiahkan sesuatu yang berguna sebagai tanda ingatan anda. Bagi para isteri yang cukup jaga dan prihatin tentang makan-minum suami yang berjauhan, anda boleh bekalkan serunding sebagai makanan standby. Kami akan membantu anda dengan menghantar serunding yang anda tempah ke mana-mana alamat yang anda arahkan.

Jika anda tercari-cari apa hadiah atau tanda ingatan kepada kedua orang tua dan keluarga anda

Anda mungkin sibuk, banyak perkara yang anda perlu selesaikan setaip hari dan kekurangan masa untuk balik ke kampung. Jika anda berada di dalam situasi ini, paling elok jika anda sering menghantar hadiah atau buah tangan kepada kedua orang tua anda. Salah satunya adalah serunding sebagai tanda ingatan anda kepada mereka.

Jika anda tercari-cari apa buah tangan atau hadiah nak dibawa sewaktu bertandang ke rumah sanak saudara atau kawan-kawan

Anda boleh jadikan serunding sebagai buah tangan atau hadiah sewaktu anda bertandang ke rumah sanak saudara atau kawan-kawan anda. Elakkan bertandang dengan tangan kosong atau datang berlenggang sahaja. Itu tanda ingatan ikhlas anda kepada mereka.

Jika anda bekerja di luar negara atau sering outstation ke luar negara

Jadikan serunding sebagai stok makanan standby anda sewaktu anda bekerja di luar negara atau sewaktu anda out station. Anda dah perlu risaukan untuk spare stok makanan yang terjamin halal.

Jika anda sering melancong ke luar negara

Mmemang susah nak cari kedai makan atau restoran halal di China, Hong Kong, Macau atau Thailand. Kalau ada pun jauh nak kena cari baru jumpa. Bagi anda yang malas nak cari-cari kedai makan halal kerana sibuk nak berjalan-jalan-jalan atau shopping, jangan jadikan bab makanan halal ni satu masalah. Bawa stok makanan halal anda sendiri. Kan mudah gitu?

Jika anda akan ke Tanah Suci mengerjakan Haji atau Umrah

Bawalah spare stok makanan standby bersama anda sewaktu anda akan ke Tanah Suci, samada anda pergi ke sana menunaikan Haji, mengerjakan Umrah atau Ziarah.

Jika anda sering buat majlis makan-makan di rumah anda atau rumah terbuka

Jika anda suka atau sering membuat majlis makan-makan di rumah anda atau rumah terbuka, rajin-rajinlah sediakan stok makanan standby di rumah anda. Bila ada lebih tetamu yang datang, takdelah anda kelam-kabut nak sedaikan makanan untuk mereka.

Jika anda dah fikir-fikirkan tentang persiapan majlis Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi

Hari Raya adalah hari yang paling penting bagi umat Islam yang mana di hari itulah kita membuat persiapan menjamu selera para tetamu kita. Walaupun ada makanan-makanan Hari Raya yang moden, Hari Raya seperti tidak sah jika tiada makanan-makanan tradisional seperti lemang, ketupat dan serunding.

Klik Untuk Pilih Dan Order Serunding Kegemaran Anda Sekarang! Harga Yang Sama Sejak 2 Tahun Lepas

'Klik Kedai Serunding Now'

Baiklah, Berapa Harga Serunding-Serunding Ni Dan Macamana Nak Order?

Pack Pilihan Anda

Buat pengetahuan anda, seruding daging, serunding ayam dan serunding ikan dari SerundingOnline.com ini disediakan dengan pack yang memudahkan anda membuat pilihan.

Anda boleh pilih mana-mana pack 250g, 500g, 750g atau pack 1Kg.

 

Harga

Buat pengetahuan anda, AFA Online Sdn Bhd telah mengambilalih bisnes serunding ini dari tuanpunya yang lama sejak 19 Mac 2017.

Bagaimanapun, untuk meneruskan khidmat seperti terdahulu, Team baru SerundingOnline.com masih mengekalkan harga diskaun serunding ini seperti harganya sejak 2 tahun yang lepas!

Oleh itu harganya adalah:

1. Serunding daging: MASIH HARGA DISKAUN 2 TAHUN LEPAS RM73 untuk 1 Kg MASIH RM68 untuk 1 Kg

2. Serunding ayam: MASIH HARGA DISKAUN 2 TAHUN LEPAS RM78 untuk 1 Kg MASIH RM73 untuk 1 Kg

3. Serunding ikan: MASIH HARGA DISKAUN 2 TAHUN LEPAS RM61 untuk 1 Kg MASIH RM56 untuk 1 Kg

 

Order Dan Penghantaran?

Untuk anda membuat order, anda boleh terus menggunakan shopping cart yang kami sediakan. Shopping cart ini akan membantu anda melihat jumlah kos – iaitu harga serunding + penghantaran PosLaju berdasarkan berat dan lokasi penghantaran. Kos penghataran akan berbeza sedikit jika serunding dihantar di seluruh semenanjung Malaysia ataupun ke Sabah & Sarawak.

Semua penghantaran serunding adalah menggunakan PosLaju.

Anda akan menerima serunding yang telah ditempah dalam masa 5 hari bekerja setelah pembayaran dan maklumat yang anda berikan sudah complete.

Jika anda perlukan penghantaran yang tidak menggunakan PosLaju, sila Whatsapp Team SerundingOnline.com segera di 019 6320122.

Berapa Lama Serunding Ni Boleh Tahan Lama?

Serunding ni memang tahan lama. Ianya boleh disimpan sehingga 1 tahun setengah jika ianya disimpan di dalam bekas kedap udara seperti tupperware atau pun peti sejuk.

Tetapi dalam keadaan biasa yang mana jika serunding disimpan secara biasa, ianya tahan lama sehingga 1 tahun.

Lama tuuuuuuuuuuu . . .

Apa Kata Kalau Saya Tak Berpuashati?

Jika anda tidak berpuashati dengan rasa serunding yang telah dihantar oleh Team kami, Team kami akan memulangkan wang anda tanpa banyak syarat atau banyak soal.

Anda cuma perlu nyatakan kepada kami segera dalam masa 30 hari dengan cara emailkan kepada Team kami di email: serundingonline.com@gmail.com

Nyatakan:

1. Nama anda

2. Tarikh pembelian anda

3. Nombor order atau nombor resit anda

4. Nombor bank account anda
(Team kami akan inform anda segera setelah refund dibuat)

 

Bagaimana dengan serunding yang masih berada di tangan anda?

Serunding yang telah anda terima, kami anggapnya satu sedeqah ikhlas dari Team kami untuk anda di mana anda tidak perlu memulangkan kepada kami.

serunding online guarantee

Klik Untuk Pilih Dan Order Serunding Kegemaran Anda Sekarang! Harga Yang Sama Sejak 2 Tahun Lepas

'Klik Kedai Serunding Now'

Macamana Saya Nak Hubungi Team SerundingOnline.com Jika Saya Masih Ada Perkara Yang Nak Ditanya?

Jika anda ingin bertanya apa-apa saja perkara tentang serunding dan perkara-perkara yang berkaitan, anda boleh terus hubungi atau Whatsapp Khidmat Pelanggan kami di 019 632 0122.

Atau

Anda boleh LIKE dan pm kami Fb Fanpage kami ini.

 

Kami akan segera membantu anda.  😀

 


Shares