Serunding – Anda Dah Tahu Apa Tu Serunding Dan Sejarahnya?

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Serunding Dan Sedikit Sejarahnya

 
 
serundingSerunding adalah sejenis makanan tahan lama yang diperbuat dengan rempah dan daging, daging ayam atau ikan yang mana ianya dimasak sehingga kering supaya ianya akan menjadi tahan lama jika disimpan.

Cara membuatnya adalah dengan ianya dimasak dan dikacau tanpa henti hingga betul-betul kering kerana dengan cara itu saja ia akan tahan lama.

Makanan ini adalah makanan biasa dalam masyarakat Melayu di Malaysia adalah serunding daging, ayam, ikan, udang dan juga ikan bilis.

Memakannya mengingatkan kita pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji sedangkan serunding ini juga biasa di makan pada hari-hari biasa di sepanjang tahun.

Bagaimanpun, masyarakat kita (orang Melayu) selalu membuatnya apabila tibanya bulan Ramadhan, Hari Raya Puasa dan juga Hari Raya haji.

Secara tradisionalnya, ianya boleh dimakan dengan nasi himpit, ketupat nasi, ketupat daun palas atau dengan lemmang.

Bagaimanapun, pada masa kini, serunding mula digunakan untuk makan dengan bubur nasi, dijadikan bahan inti kuih, inti simpul kasih, inti karipap, inti bun roti atau ditabur di atas donut.

Menurut Wikipedia, dikatakan ianya ini berasal dari Negeri Kelantan Darulnaim [perlu rujukan] dan menjadi bahan keluaran secara tradisional di Kampung Laut, Tumpat, Kelantan. Sewaktu ini, Kampung Laut adalah satu pusat pembuatan dan pengeluaran serunding yang terbesar [perlu rujukan] di Malaysia.

Menurut Wikipedia lagi, tarikh kewujudannya belum dapat dipastikan, namun perusahaan di Kampung Laut ini telah dipelopori [perlu rujukan] oleh Allahyarhamah Mek Som binti Ismail atau lebih dikenali Mak Som Pak Soh Lotri oleh penduduk setempat. Kini perusahaan pembuatannya diwarisi oleh anak cucu beliau yang ramai.

Serunding amat berguna sebagai makanan standby di rumah, di pejabat, di waktu anda travel atau sewaktu anda melancong ke luar negara.

Termasuk juga bagi anda yang berada lama di luar negara seperti belajar, bekerja di luar negara ataupun mengerjakan umrah dan Haji.

Terutama jika anda travel atau melancong ke luar negara yang bukan negara Islam. Dengan adanya bekalan makanan ini, ianya boleh menghilangkan rasa was-was dan risau kita tentang makanan sewaktu kita berada di sana nanti.

 
 
 
Penulis adalah dari Team SerundingOnline.com