FAQ


Perihal Serunding

 
Q: Berapa lamakah serunding ini tahan lama?

A: Serunding ini boleh tahan sehingga 1 tahun walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk. Tetapi, jika anda inginkan serunding ini lebih tahan lama iaitu melebihi 1 tahun, ianya perlu disimpan dalam bekas kedap udara seperti tupperware dan disimpan di dalam peti sejuk.

Q: Adakah ianya dicampurkan dengan bahan pengawet?

A. Tidak. Serunding daging, serunding ayam dan serunding ikan SerundingOnline.com ini TIDAK menggunakan sebarang bahan pengawet. Ianya adalah dari bahan-bahan asli menggunakan rempah-ratus asli dari resepi tradisional turun-temurun Kampung Laut.
 
 

Penghantaran Serunding

 
Q: Jika saya membuat tempahan dan telah membuat bayaran, berapa lamakah saya akan menerima serunding yang ditempah?

A: Anda akan menerima serunding yang anda tempah dalam masa 5 hari bekerja. Penghantaran akan dibuat menggunakan PosLaju. Kami akan berikan anda No. Tracking PosLaju secepat mungkin supaya anda akan mudah untuk track bungkusan serunding yang anda tempah.

Q: Bolehkah saya meminta pihak SerundingOnline.com menghantar serunding yang saya tempah ke mana-mana alamat penghantaran yang dipilih oleh saya jika saya ingin menghadiahkannya kepada sesiapa yang saya mahu?

A: Ya. Saya akan menghantar serunding ke mana-mana alamat penghantaran yang telah diarahkan oleh anda di dalam Malaysia. Anda cuma perlu mengisi alamat penghantaran yang anda mahu di borang tempahan.
 
 

Jaminan Team SerundingOnline.com

 
Q: Jika saya tidak puashati dengan rasa serunding yang disediakan oleh SerundingOnline.com, apakah saya boleh menuntut wang saya kembali?

A: Jika anda tidak berpuashati dengan rasa serunding yang telah dihantar oleh pihak kami, nyatakan kepada kami melalui email (serundingonline.com@gmail.com) atau Whatsapp ke 019 6320122. Kami akan memulangkan wang anda tanpa banyak soal.

Serunding yang telah anda terima, kami anggapnya satu sedeqah ikhlas dari kami untuk anda yang mana anda tidak perlu memulangkannya kepada kami.
 
 
Jika anda mempunyai lain-lain pertanyaan, anda boleh terus Whatsapp khidmat pelanggan kami di 019 6320122.
Kami akan segera membantu.

😀

 

 

 


Shares